3 peralatan yang perlu ada ketika berdiet

Sebelum anda berdiet dengan jusmate5, ada 3 peralatan yang saya cadangkan anda beli, peralatan ini amat berguna untuk memastikan kejayaan program diet anda.

1. Penimbang berat -bathroom scale

Mesin penimbang berat badan ni,atau dikenali sebagai bathroom scale boleh dibeli di semua pasaraya, ada yang murah dan ada yang mahal,terdapat 2 jenis iaitu analog dan digital, biasanya penimbang digital lebih mahal .Kelebihan penimbang digital ni, bacaannya lebih lengkap. Tapi ianya bergantung pada bajet anda.Sebelum berdiet, timbang dulu berat badan anda dan catatkan.aktu yang paling baik untuk menimbang berat badan ialah ketika bangun tidur pada waktu pagi, kerana ketika itu perut kita masih lagi kosong.

Dan saya cadangkan timbang berat badan seminggu sekali sahaja, jangan lakukan setiap hari kerana berat badan kita ada masanya naik dan turun, ia boleh melemahkan semangat kita untuk berdiet jika ketika menimbang,tiada penurunan berat yang berlaku.

2.Penimbang makanan-cooking scale

Penimbang makanan ni pula ada banyak dijual dikedai dan pasaraya, biasanya ianya digunakan untuk membuat kuih atau kek, berharga dalm linkungan rm10 ke rm20.

penimbang makanan ni amat penting jika anda hendak mengira kalori makanan anda,Ketika anda mengambil jusmate5, anda perlu mengambil kurang 1000 kalori sehari, jadi macamana nak kira kalori makanan yang kita ambil?

untuk mengetahui nilai kalori makanan anda boleh baca di post saya yang lepas.Anda juga boleh menGoogle didalam internet untuk mendapatkan nilai kalori sesuatu makanan.Anda juga boleh menghantar email kepada saya dan saya akan hantar kepada anda.

Didalam post tersebut saya ada menerangkan nilai kalori beserta kuantiti makanan tersebut.Untuk membantu kefahaman anda ,saya berikan satu contoh pengiraan kalori, lepas ni anda boleh lakukan dirumah.

cth: anda membeli sebungkus meehoon goreng di kedai mamak, berat meehon tesebut setelah ditimbang ialah 250g,berapakah kalori mee goreng tersebut.

anda search didalam internet dan mendapati ,Meehoon Goreng 170g =  294 kalori

1.langkah 1- kira nilai kalori pergram

carapengiraan = 294kcal /170gram  = 1.729

2.langkah 2- darabkan jumlah diatas(langkah 1) dengan berat meehon goreng anda =250g

cara pengiraan =1.729 x 250 = 432 kalori

Jumlah sebenar kalori meehon yang anda ambil ialah 432kalori.

“Jika anda telah menjadi ahli jusmate5best.com, anda boleh mendownload jadual kalori makanan di ruangan download, atau anda juga boleh email kepada saya, saya akan hantarkan kepada anda.”

3.pita pengukur badan

Peralatan terakhir yang saya sarankan ialah, Pita pengukur. Biasa digunakan untuk mengambil ukuran badan. harga tak mahal, dalam beberapa ringgit sahaja, boleh dibeli dikedai biasa ataupun kedai yang menjual peralatan menjahit.

Sebelum berdiet, ambil ukuran badan anda dan catatkan. Ia penting kerana ada diantara yang berdiet dengan jusmate5 tidak mengalami penurunan berat badan ketara tetapi saiz pinggang, peha mengecil.




Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Flickr Stream

last movies