Saya rasa ramai yang pernah jumpa masalah macam ni,kawan makan banyak tapi tak gemuk-gemuk,kita makan sikit tapi berat naik dan susah nak turun.
Selain dari jumlah kalori makanan yang diambil setiap hari , metabolisma dalam badan juga merupakan faktor penting menentukan penurunan berat badan.
Apakah dia Metabolisma? Metabolisma ialah proses penukaran makanan yang kita ambil kepada tenaga.Mereka yang makan banyak tapi berat badan susah nak naik adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi dan mereka yang makan sikit tapi susah untuk munurunkan berat badan adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.
Saya ada banyak menerima e mel dari pengguna jusmate5 yang tidak berjaya menurun kan berat badan walaupun berdiet sakan, jadi salah satu sebab mengapa mereka tidak berjaya menurunkan berat badan adalah sebab kadar metabolisma yang rendah.
Tapi tak semestinya orang yang kadar metabolisma rendah tidak boleh menurunkan berat badan selama-lamanya. Ianya tetap bergantung pada KALORI makanan yang kita ambil setiap hari.Bagi mereka yang metabolisma yang rendah pula perlu membakar/menggunakan lebih kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisma yang tinggi.
Diantara beberapa langkah yang boleh meningkatkan metabolisma dalam badan,
1.Makan lebih kerap( saiz hidangan yang kecil)
Kalau biasanya anda sebelum ini makan 3 kali sehari, cuba tukar kepada 5-6 kali sehari. Ini kerana tempoh diantara 2 waktu yang panjang akan menyebabkan badan kita bertukar kepada Mod berlapar (starvation mode), dimana badan akan menyimpan lebih tenaga untuk mengatasi Mod berlapar ini, disebabkan ini ,secara tidak langsung akan menurunkan kadar metabolisma dalam badan .Tapi pastikan jumlah kalori diagihkan sebaik-baiknya,jangan sampai berlebihan.Jika anda mengamalkan diet Jusmate5, anda perlu mengekalkan 1000kalori sehari.
2. Lakukan senaman Kardio
Senaman kardio ialah senaman yang boleh meningkatkan degupan jantung, contohnya berjoging, berlari, berbasikal, berenang, dan sebagainya.Lakukan senaman kardio ni 2 – 3 kali seminggu dalam masa 30 minit, ianya kan dapat meningkatkan metabolisma dan membakar lemak dalam badan. tapi sebelum melakukannya,pastikan 4-5 jam sebelum itu tidak mengambil makanan berkarbohidrat. .
3. Lakukan senaman pemberat (weight training)
“Tak sesuai lah pompuan buat senaman ni, nanti badan jadi berketul-ketul” . tinggalkan kenyataan diatas,kerana ia adalah Auta dan bukan fakta. Otot menggunakan lebih kalori (lebih 73kcal per KG) berbanding sel-sel lemak. Oleh yang demikian, lebih banyak otot yang dibina, lebih tinggi Resting Metabolic Rate atau RMR (RMR ni konsep dia lebih kurang sama dengan BMR, tapi menggunakan prinsip dan formula yang berbeza). Dipendekkan cerita, mereka yang mempunyai berat 80kg, berotot atau peratusan body fat kurang dari 15%, rata-rata mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding mereka yang juga mempunyai berat 80kg, tetapi hanya berbadan biasa (body fat % lebih 20).
Saya harap tip diatas dapat membantu mereka yang bermasalah menurunkan berat badan. Ingat …Untuk menurunkan berat badan,anda perlu meningkat metabolisma dalam badan.Tak percaya? Cubalah….
No related posts.












[...] masalah perut buncit, caranya cuma perlu minum 1 x sehari diwaktu malam.Selain daripada itu senaman kardio juga dapat membantu menyelesaikan masalah perut [...]
saya dah brenti amik jusmate..sbb lpas kurang 6kg..trus takde pnurunan.
[Balas komen]