Jom berkenalan dengan ‘Bok Choy’

Apakah itu Bok Choy? Bok Choy merupakan tanaman hijau yang seakan sawi tetapi saiznya lebih kecil, selain dari ‘bok choy’ ia juga dikenali dengan ‘paak choi’ atau kubis cina,sayuran ini amat popular dikalangan masyarakat cina.

Bok Choy tergolong dalam kumpulan ‘brassica’ dan ciri nutrisinya adalah sama dengan sayuran hijau yang lain,Batangnya bewarna putih dan daun hijaunya memberi rasa sayur yang segar ketika menikmatinya.Ketika memilih Bok Choy, pastikan anda memilih daun yang bewarna hijau gelap dan bukan yang bewarna kekuningan atau mempunyai tompokan bulat ataupun berlubang pada daunnya,pastikan batangnya bewarna putih dan sedikit cerah dan masih anjal ketika di pegang.


Nilai Nutrisi

Sayur ini kaya dengan kandungan vitamin C dan mengandungi jumlah kompoun nitrogenyang dikenali sebagai ‘indoles’ dan ‘phytochemicals’, kedua-dua nitrogen ini dipercayai dapat membantu menentang hormon estrogen yang bertindak menstimulasikan pertumbuhan sel tumor khususnya di payudara,ia menjadikan sayuran ini sebagai ‘agen terbaik’ untuk memerangi kanser payudara.

Bok Choy juga kaya dengan kandungan serat,potasium dan kalsium,secawan ‘bok choy’ mempunyai jumlah kalsium yang sama dengan 1/2 cawan susu,ia juga merupakan sumber folat (vitamin B9) yang terbaik,Ciri sayuran yang berdaun gelap pula mengambarkan ia mempunyai kadungan beta keratin yang lebih banyak berbanding sayuran yang lain.

Selain sumber nutrisi diatas, satu cawan sayuran ini yang telah dimasak turut mengandungi kira-kira 2o kalori ,3 g serat tanpa lemak.

Tip Penyimpanan

“Bok Choy yang tidak dicuci boleh diletakan di dalam beg plastik sebelum

disimpan didalam peti sejuk, dengan ini ia mampu bertahan selama 3 hari”

Anda boleh megubah menu harian anda dengan mengambil sayuran Bok Choy, sayuran hijau begini penting dalam amalan diet kita seharian.

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Flickr Stream

last movies