kalori dalam makanan

Banyak yang bertanya , macamana nak mengekalkan pengambilan 1000kalori sehari ketika mengambil jusmate5?, Utk pengetahuan anda,pengambilan makanan 1000kalori sehari amat penting ketika mengambil jusmate 5 dan ia adalah salah satu cara utk mendapatkan berat badan ideal dalam jangka masa yang singkat..salah satu sebab mengapa ramai yang tidak berjaya menurunkan berat badan ialah kerana tidak mengawalkan pengambilan 1000kalori sehari dalam makanan.

“Cuba elakkan 5 jenis makanan yang dicadangkan oleh Dr Rozmey iaitu Nasi, Mee, KFC, Pizza dan Kek. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air masak lebih dari biasa.”

Ikuti panduan dibawah sebagai rujukan anda..pesanan saya..”fikir dulu sebelum makan”

PANDUAN MENGIRA KALORI DALAM MAKANAN

Kategori:Kuih Muih

  1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
  6. Popia basah (satu) = 95 kalori
  7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
  10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

  1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
  13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

  1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

  1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  5. Burger keju (satu) = 425 kalori
  6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

  1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  2. Betik (sepotong) = 45 kalori
  3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
  5. Limau (sebiji) = 42 kalori
  6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
  8. Epal (sebiji) = 63 kalori
  9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
  10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori Minuman

  1. minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
  2. minuman kotak 250g = 105 kal
  3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
  4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
  5. aiskrim 2 skop= 390 kal
  6. susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
  7. yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
  8. mentega 2 sudu teh = 75 kal
  9. keju chedar 1 keping =58 kal
  10. Teh tarik = 120 kal
  11. Kopi susu = 120 kal
  12. Teh O = 20 kal

kalau anda mengikut diet yang telah ditetapkan insyaallah berjaya…:)

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

0 Responses to “kalori dalam makanan”

  1. [...] bola nie..tengok berapa biji boleh score..at least boleh hilang tension sikit..asyik cerita pasal diet pun boring gak..have fun [...]

  2. [...] membazir ketika membeli juadah berbuka,lagipun tak elok bagi mereka yang berdiet dengan jusmate5. Membazir tu amalan [...]

  3. [...] dijamin halal, bagi anda yang mengamalkan jusmate5,tidak digalakan utk makan fast food,sebab…kalorinya yang tinggi..bukan saja Mc donalds, KFC, Pizza dan yang seangkatan dengan nya juga, tak di [...]

  4. [...] mengetahui nilai kalori makanan anda boleh baca di post saya yang lepas.Anda juga boleh menGoogle didalam internet untuk mendapatkan nilai kalori sesuatu [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Flickr Stream

last movies