Posts Tagged With 'Diet atkins'

  • Sep
  • 23
  • 2010

Diet Atkins-kebaikan dan keburukan

Posted by norazlina In tips diet | No Comments »
Diet Atkins-kebaikan dan keburukan
sedapnya nasi kerabu ayam bakar ni..!!
sedapnya nasi kerabu ayam bakar ni!!

 

Bercerita lagi tentang diet Atkins, saya ada buat sedikit research berkenaan plan diet ni, adakah ianya sesuai untuk kita, ataupun hanya sesuai untuk orang barat? berdasarkan pandangan peribadi saya…kesimpulannya.. 

Kebaikan. 

Diet Atkins memang terbukti berkesan menurunkan berat badan,kenapa ?Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan terus daripada pemakanan yang kita ambil. setiap makanan yang diambil terdapat 3 unsur penting iaitu karbohirat,protein dan lemak,Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah berjaya mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan. 

Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, yang tinggal sama ada untuk bergantung kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke dalam diet pemakanan.kebanyakan makanan berlemak mengandugi gula, dan gula mempunyai karbohidrat ringkas yang tinggi, Jadi pengamal terpaksa melupakan lemak dan hanya mengambil protein. 

protein pula mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma, sekaligus menurun berat badan. 

Keburukan 

Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung. 

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak. 

Dan akhir sekali, seperti yang kita semua tahu, nasi megandungi kabohidrat yang tinggi, dan nasi merupakan makanan utama bagi rakyat malaysia. Jadi , sampai bila kita nak mengharamkan nasi? makanan yang akan kita jumpa setiap hari. 

Jadi terpulang kepada anda untuk melakukan diet sebegini atau tidak, berdasarkan pengalaman yang saya dengar, diet Atkins memang memenatkan, mungkin lagi penat dari berpuasa, ia disebab kandungan karbohidrat yang kurang kita ambil setiap hari.Ia juga memerlukan kesabaran dan azam yang tinggi. 

Pada saya,cara terbaik ialah “kesederhanaan” ketika mengambil apa juga makanan, kurangkan secara beransur-ansur, kalau dulu makan nasi 3 kali sehari, hadkan kepada 1 kali sehari, kalau dulu biasa makan 2 pinggan nasi, hadkan kepada setengah pinggan, banyakan lauk berunsurkan sayur dan sup..lakukan secara perlahan dan jadikan sebagai cara hidup kita.. 

  • Sep
  • 20
  • 2010

Diet Atkins

Posted by norazlina In tips diet | No Comments »
Diet Atkins

Selamat Hari Raya kepada pembaca blog jusmate5best.com,
Mungkin anda pernah dengar Atkins Diet , atau lebih dikenali sebagai low-carb diet.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Yang anda Boleh Makan:

1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Anda boleh cuba selama 2 minggu dan lihat hasilnya..tapi…

Adakah diet Atkins sesuai untuk kita, Apakah kebaikan dan keburukan diet Atkins..? akan di ceritakan di post akan datang…

kredit : melayu dot com

Flickr Stream

last movies