Hari ni genap 15 hari kita berpuasa, pejam celik ,pejam celik , dah setengah bulan ramadhan berlalu, bagi yang mengamalkan jusmate5 di bulan puasa ni mungkin sekurang-kurang nya dah turun 1 atau 2 kg,kalau tak berjaya tu kena check balik cara pemakanan .
walaupun baru 15 hari berpuasa , banyak kita dengar kisah sedih kemalangan akibat mercun,kadang-kadang susah juga nak faham , mercun ni bukan budaya orang melayu, tapi yang banyak hilang jari ialah orang melayu.
Terbaru , kemalangan yang paling menyayat hati berlaku di kuala terengganu, allahyarham adik khairul arif ayub, 6 tahun..mati dalam keadaan mengerikan dengan otak yang bersepai, akibat letupan stor mercun . Sampai bila lagi agaknya kita nak dengar kemalangan macam ni , boleh dikatakan setiap tahun, mesti ada budak yang hilang nyawa ataupun hilang jari.
siapa yang harus disalahkan? ibu bapa atau penguatkuasa?atau masyarakat?, sekarang ni pun dikeliling kita setiap malam, masa solat terawih banyak budak-budak main mercun, tapi takde siapa nak melarang,ibu bapa pun buat bodo, lantakla anak nak main mercun,bukan selalu ,setahun sekali..sok kalau dah hilang jari baru menyesal..menyesal yang tiada kesudahan..anak2 palestin hilang jari kerana berperang dengan yahudi, anak2 malaysia hilang jari kerana mercun..kesian..sama2lah kita jaga anak kita..k










