Posts Tagged With 'obesiti'

  • Feb
  • 11
  • 2010

Punca Obesiti

Posted by norazlina In tips diet | No Comments »
Punca Obesiti

Obesiti ialah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal. Obesiti menyerang tanpa mengira masalah obesitiperingkat usia dan jika seseorang itu mengalami masalah obesiti, secara tak langsung, mereka berhadapan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi. Punca obesiti ialah makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi. Kesibukan bekerja dan malas bersenam juga menjadi salah satu punca obesiti dan lebih ketara ialah jika bekerja di pejabat serta kurang melakukan aktiviti kecergasan. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang mengakibatkan berat badan berlebihan. Contohnya, jika ibu atau bapa seorang obesiti, tidak musatahil anak atau generasi akan datang mengalami masalah yang sama. Selain itu, punca obesiti ini juga ialah mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor yang menyebabkan berat badan bertambah. Contohnya, steroid yang berlebihan boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi



Related Posts with Thumbnails

  • Feb
  • 10
  • 2010

Tip Kurangkan berat badan secara perlahan

Posted by norazlina In tips diet | No Comments »
Tip Kurangkan berat badan secara perlahan

obesiti

 

Bagi menangani masalah obesiti secara selamat ,sebaiknya ketahui penyebab obesiti terlebih dahulu kerana cara mengatasinya berbeza-beza dan puncanya juga adalah berlainan.

Sebab itu pentingnya mendapatkan nasihat doktor pakar,khususnya pakar diet agar dapat melakukan pemeriksaan dengan tujuan mengetahui secar atepat,berapaah sebenarnya keperluan kalori dan makronutrien seseorang.

Setelah mengetahui beberapa keperluan barulah disarankan diet sesuai,contohnya diet 1000 kalori,protein 50gram,lemak 25gram dan karbohidrat 55peratus.

Cadangan diet tersebut kemudian diterjemahkan menjadi bentuk bahan makanan dan cara penyediaannya.

Dengan mengikut nasihat doktor diharapkan penurunan berat badan berlaku secara berperingat –peringkat bukan secara drasik atau secara yang kemudiannya diikuti kenaikan berat badan yang banyak.


Related Posts with Thumbnails

Flickr Stream

last movies