Posts Tagged With 'roti'

  • Feb
  • 06
  • 2010

Tips dari Dr Rozmey-HPM

Posted by norazlina In tips diet | No Comments »
Tips dari Dr Rozmey-HPM
dr rozmey
JITRA, 5 Feb (HPM) – Bagi yang sedang mengamalkan diet, pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum kerana roti mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Selain kaya dengan vitamin B kompleks, roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) yang belum diproses juga kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan.
Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
Berikut ialah info menarik tentang roti gandum:
diet• Warna coklat pada sesetengah roti gandum tidak bermakna roti itu berasal daripada bijian penuh kerana kemungkinan ia dihasilkan dengan campuran gandum dan tepung putih. Justeru, bacalah label pada bungkusan roti yang dibeli. Roti gandum biasanya mengandungi 3 gram serat untuk setiap sajian.
• Kini, roti gandum mempunyai pelbagi perisa dan tidak semestinya roti tawar. Ada yang dicampurkan dengan buah-buahan kering, bijian, biji bunga matahari atau tepung daripada jenis lain.
• Untuk mempelbagaikan rasa, tambahkan potongan keju, yogurt rendah lemak, minyak zaitun, madu atau potongan ayam panggang tanpa kulit. Semakin rendah kalori yang ditambahkan pada roti gandum, maka semakin baiklah manfaatnya.

Flickr Stream

last movies