Posts Tagged With 'tips diet'

  • Apr
  • 20
  • 2011

tips mengelakan menguyah di waktu malam

Posted by norazlina In tips diet, tips diet 1 minit | No Comments »
tips mengelakan menguyah di waktu malam

tips mengelakan menguyah di waktu malam:

1. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

2. Makan di atas meja makan dengan tertib.

3. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

  • Feb
  • 18
  • 2011

Mengambil gula secara berlebihan boleh membawa padah

Mengambil gula secara berlebihan boleh membawa padah

Tekanan dan kemurungan dikatakan mampu mendorong seseorang untuk mengambil makanan yang tidak sihat.Ramai yang berpendapat makanan seperti coklat, gula-gula dan kek mampu mengalih perhatian daripada memikirkan masalah yang melanda.Bagaimanapun, ianya mengundang masalah pada kesihatan dan secara tidak langsung meningkatkan kandungan gula dalam badan.

  • Jan
  • 06
  • 2011

senaman di rumah

Posted by norazlina In tips senaman | No Comments »
senaman di rumah

Sudah 6 hari kita meninggalkan tahun 2010, dan ini merupakan post pertama untuk tahun 2011, apabila musim persekolahan bermula ,aktiviti harian mula sibuk, sebab tu masa untuk update blog pun dah kurang.

Hari ini saya nak berkongsi tips senaman bagi orang yang sibuk, samada bekerja ataupun belajar, masa untuk melakukan aktiviti memang terhad, terutama suri rumah tangga  yang kini sibuk menguruskan anda yang telah memasuki alam persekolahan.

  • Dec
  • 19
  • 2010

Raj-pemenang biggest loser asia session 2

Posted by norazlina In Motivasi, tips diet | No Comments »
Raj-pemenang biggest loser asia session 2

Salah satu daripada rancangan kegemaran saya di  televisyen ialah the biggest loser, tak kira la asia ataupun usa, biggest loser banyak memberi inspirasi kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Pemenang terbaru bagi biggest loser asia session 2 ialah Raj,Pada peringkat akhir Raj dari singapura berjaya mengalahkan Genghis dan Nai (thailand) dengan penurunan sebanyak 67KG, memang superb…berat asal 144kg turun kepada 77KG..selain daripada turun 67KG, Raj juga memenangi USD 100K..memang berbaloi..

  • Dec
  • 17
  • 2010

Diet sesuka hati!

Posted by norazlina In tips diet, tips diet 1 minit | No Comments »
Diet sesuka hati!

Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikah pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet. Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.

  • Dec
  • 09
  • 2010

Jom berkenalan dengan ‘Bok Choy’

Posted by norazlina In tips diet | No Comments »
Jom berkenalan dengan 'Bok Choy'

Apakah itu Bok Choy? Bok Choy merupakan tanaman hijau yang seakan sawi tetapi saiznya lebih kecil, selain dari ‘bok choy’ ia juga dikenali dengan ‘paak choi’ atau kubis cina,sayuran ini amat popular dikalangan masyarakat cina.

Bok Choy tergolong dalam kumpulan ‘brassica’ dan ciri nutrisinya adalah sama dengan sayuran hijau yang lain,Batangnya bewarna putih dan daun hijaunya memberi rasa sayur yang segar ketika menikmatinya.Ketika memilih Bok Choy, pastikan anda memilih daun yang bewarna hijau gelap dan bukan yang bewarna kekuningan atau mempunyai tompokan bulat ataupun berlubang pada daunnya,pastikan batangnya bewarna putih dan sedikit cerah dan masih anjal ketika di pegang.

  • Dec
  • 04
  • 2010

Tips diet 1 minit- Rahsia diet masyarakat Jepun

Posted by norazlina In tips diet 1 minit | No Comments »
Tips diet 1 minit- Rahsia diet masyarakat Jepun

Jepun- jangan lupa tidur siang

Menurut James Maas dari Cornell University mengatakan penduduk jepun sanggup menggunakan masa sekurang-kurangnya 20-30min setiap hari tidur pada waktu siang.

Manakala penulis buku Power Sleep pula menjelaskan tidur yang berkualiti akan membuatkan berat badan sentiasa berada dalam tahap ideal.Ini kerana apabila seseorang kurang tidur,hormon ghrelin (hormon lapar) akan meningkat.

  • Nov
  • 30
  • 2010

tips diet 1 minit-Berapa kali perlu menimbang berat badan?

Posted by norazlina In tips diet, tips diet 1 minit | No Comments »
tips diet 1 minit-Berapa kali perlu menimbang berat badan?

Pakar menurunkan berat badan berkata adalah tidak baik jika  terlalu kerap menimbang berat badan ketika sedang berdiet, menimbang berat badan sebenarnya bertujuan untuk melancarkan perkembangan diet anda.

Sebaiknya ,timbanglah berat badan seminggu sekali sahaja,Selagi anda berpegang kepada pelan diet dan senaman, anda tidak perlu risau memikirkan sebarang kenaikan berat badan,Jika berat badan anda hampir mencapai berat ideal,anda mungin lebih cenderung untuk menimbang dengan lebih kerap, Elakan perbuatan ini kerana sebarang perubahan dalam angka timbangan boleh mengecewakan anda.Akhirnya anda mungkin akan berdiet dengan lebih ekstreme atau tidak mahu berdiet langsung!

  • Sep
  • 23
  • 2010

Diet Atkins-kebaikan dan keburukan

Posted by norazlina In tips diet | No Comments »
Diet Atkins-kebaikan dan keburukan
sedapnya nasi kerabu ayam bakar ni..!!
sedapnya nasi kerabu ayam bakar ni!!

 

Bercerita lagi tentang diet Atkins, saya ada buat sedikit research berkenaan plan diet ni, adakah ianya sesuai untuk kita, ataupun hanya sesuai untuk orang barat? berdasarkan pandangan peribadi saya…kesimpulannya.. 

Kebaikan. 

Diet Atkins memang terbukti berkesan menurunkan berat badan,kenapa ?Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan terus daripada pemakanan yang kita ambil. setiap makanan yang diambil terdapat 3 unsur penting iaitu karbohirat,protein dan lemak,Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah berjaya mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan. 

Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, yang tinggal sama ada untuk bergantung kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke dalam diet pemakanan.kebanyakan makanan berlemak mengandugi gula, dan gula mempunyai karbohidrat ringkas yang tinggi, Jadi pengamal terpaksa melupakan lemak dan hanya mengambil protein. 

protein pula mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma, sekaligus menurun berat badan. 

Keburukan 

Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung. 

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak. 

Dan akhir sekali, seperti yang kita semua tahu, nasi megandungi kabohidrat yang tinggi, dan nasi merupakan makanan utama bagi rakyat malaysia. Jadi , sampai bila kita nak mengharamkan nasi? makanan yang akan kita jumpa setiap hari. 

Jadi terpulang kepada anda untuk melakukan diet sebegini atau tidak, berdasarkan pengalaman yang saya dengar, diet Atkins memang memenatkan, mungkin lagi penat dari berpuasa, ia disebab kandungan karbohidrat yang kurang kita ambil setiap hari.Ia juga memerlukan kesabaran dan azam yang tinggi. 

Pada saya,cara terbaik ialah “kesederhanaan” ketika mengambil apa juga makanan, kurangkan secara beransur-ansur, kalau dulu makan nasi 3 kali sehari, hadkan kepada 1 kali sehari, kalau dulu biasa makan 2 pinggan nasi, hadkan kepada setengah pinggan, banyakan lauk berunsurkan sayur dan sup..lakukan secara perlahan dan jadikan sebagai cara hidup kita.. 

Flickr Stream

last movies