Turunkan berat badan cara mudah

PERKARA-PERKARA YANG PERLU ANDA CATATKAN:

Kuantiti: Melingkupi jumlah,saiz atau kekerapan anda makan

Jenis makanan: Perlu lebih spesifik iaitu dengan turut mencatatkan ‘dressing’ atau sos anda makan

Masa dan tempat: Tuliskan bila dan dimana anda makan,sama ada di restoran biasa,restoran segera,warung mahupun dirumah

Dengan siapa: Catatkan juga adakah anda makan sendirian,bersama rakan-rakan atau keluarga

Aktiviti: Apakah perkara yang anda lakukan sepanjang minggu.sebagai contoh,bekerja,menonton tv,membaca buku,bersenam dll

Mood: Jangan lupa merekodkan perasaan anda setiap hari.ia akan membantu anda mengubah corak pemakanan kerana makanan turut mempengaruhi emosi seseorang itu


Ini adalah salah satu cara untuk memastikan pengurangan lemak yang diambil iaitu dengan mencatat setiap apa yang dimakan.Dengan itu anda tahu bilakah anda perlu mengurangkan pengambilan untuk satu-satu makanan.Anda hanya perlu menulis apa yang anda makan sepanjang minggu,kemudian pantau tabiat pemakanan anda dari masa ke semasa.Cara ini membantu anda menghasilkan program diet yang seimbang bagi mendapatkan berat badan ideal

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Flickr Stream

last movies